Apr 3, 2009

Aku Dan Cucur Udang

Aku : Adik nak makan apa ?
Isyraf : aaaa bantai la ayah...... cucur udang ke

Aku cuti hari ni. Wife aku tak berapa sihat, kol 5 anak aku nak makan cucur udang. Setat enjin keta aku menghala ke gerai cucur udang "the best in Ipoh n some say world". Sampai sana ramai org beratur cuaca nak ujan, aku memberi isyarat pada anak makcik bungkus 2 hengget. Malas aku nak turun dari keta lagipun aku dah kenal benar ngan anak makcik tu.
Melihat makcik tu sibuk mengoreng aku teringat kembali :-

Masa tu aku baru je anak aku Mira baru berusia 6 bulan. Dalam keta balik kerja aku menyuruh wife aku membuat cucur udang. Aku tau wife aku letih, tapi hari tu teringin sangat nak makan. Wife aku menyuruh beli tapi aku tak nak , aku nak handmade wife aku. Wife aku diam, aku senyum.
Sampai umah aku terus mandi, lepak dengan tv. Di dapur aku dengar wife aku sibuk memasak, mira menangis.
Wife aku membawa secawan kopi 0 ngan 20 ketul cucur udang. Aku terus balun mata nengok TV. Dah lebih 10 cucur udang aku balun langsung tak teringatkan wife aku nak makan ke idak, tiba2 aku terfikir... dah banyak aku telan nape seekor udang pun tak de??...
Aku menanya pada wife aku, masa tu dia tgh sibuk memandikan Mira. Ngan selamba perli wife aku menjawab..

"Dah la Yang letih balik kerja nak makan cucur udang.. bahannya tak de soh beli duduk tengok tv. Letih laaa.. Selama hari ni abang makan cucur badak penah ke nampak badak dalam cucur tu , makan cengkodok ada ke cengkodok dalam tu ? ............"

Aduhhhhhhh terkena aku... aku diam apa lagi nak cakap aku teringat masa aku kursus kawin dulu, Uztad menasihat tolong menolong suami isteri dan berceritakan kisah cucur udang ni. Tak sangka pulak aku leh terkena....

1 comment:

Nazra~ said...

memang jarang ada udang. nama ja ada :P