Apr 15, 2009

Aku Ditemuramah

Jam pukul 1 pagi, anak ku Liya yang berumur 2 bulan lebih masih belum tido. Beginilah hari2
Liya suka berjaga malam(follow ayahnya kot). Kadang2 4 pagi baru dia nak tido, mana boleh tahan
hari2 cam ni. Esok nak kerja ngantuk giler. Jadi aku suami isteri buat satu mesyuarat tergempar,
kami bahagikan malam dua shif. Shif pertama dengan rela hati aku ambik(boleh la aku online) dan
shif kedua isteriku terima dengan muka masam.

Masih tinggal sejam lagi shif aku akan tamat. Liya masih belum tido. Berkelip2 lampu YM aku, ramai pulak IM aku time aku bz giler ni. Aku balas apa yang patut, aku off laptop aku. Aku enjut buaian menyanyi lagu2 rakyat, aku tambah senikata sesedap hati. Liya tiada reaksi nyanyian sumbang aku. aku on TV, tangan kanan mengenjut buaian tangan kiri memegang remote Astro. Aku tukar chanel ke chanel takde satu pun menarik minat aku. Aku beralih ke TV1, sejak Tv1
di"brand"kan semula ni la kali pertama aku tengok. Rancangan temuramah berunsur politik tempatan menarik minat aku. Aku teruskan mengenjut buaian, makin lama makin lemah aku mengenjut buaian. Akhirnya aku........... zzzzzzzz

"Bertemu kita kembali dalam rancangan APA KATA ORANG, rancangan yang menebual orang2 biasa kalangan kita, orang2 yang bukan artis popular, selibiriti mahupun tokoh2 politk. Orang yang menjadikan Malaysia itu Malaysia. Bersama kita hari ini ialah saudara KRASZ BATU"
tempukan penonton studio makin kuat.

Aku melangkah dengan penuh gementar, ramainya penonton di studio, lampu2 menyilaukan mata. Aku duduk sambil mengangkat tangan pada penonton.Aku sengih control macho dah jadi
selebiriti aku. Aku tenung muka pengacara rancangan, ehhh !! muka macam kawan aku kat Facebook Jazmanie Still Steady nicknya. Pandang ke kiri aku lihat Dak Nakal's mengeluh memegang lampu, Arjuna Kayangan Layangan sibuk ngan Note vanilla kad. Nuradah bersedia ngan set make upnya. Megat Rambai dan Nizam terbongkok2 dengan kamera. Aku toleh ke bahagian penonton. Wow seksinya si Shinju Deeba ni, Kay dan Matahari sibuk dengan Hp(mesti tengah layan Facebook ni), Noreen Naina, Rhietta, Angela, Eyda Chan dan Ichayunk menjerit2 nama aku (nak autograf la tu), Acip Buacak si penerbit sibuk mengarah orang. Dan ramai lagi yang aku kenal tapi lupa nama. Mengelabah beb!!. Aku makin selesa kawan2 aku ada.

Jazmanie
Krasz batu, apa nama betul anda ? macam mana leh dapat nick ni ? Begitu Unik sekali.
Krasz batu
Mak Ayah !!! Yob masuk TV ... hehehhehe. (terover lak aku). Ikut surat beranak, nama Azizul.
Tapi nama betul saya ni kurang glamer payah kawan2 nak ingat. Cakap je nama Azizul "siapa dia aaa?" then sebut je Krasz batu "Ooooo dia tu Kenal sangat". Jumpa kawan baru je mesti tanya
saya apa maksud nick saya. Panjang ceritanya, jadi saya pendekkan je la yer. Dulu saya ni suka
sangat makan keju kraft. Satu hari saya accident motor, alhamdulillah saya hanya luka2 kecil je. Tengah saya menahan kesakitan kawan saya ni berkata "ko ni hari makan keju kraft tapi badan keras cam batu". Dek kerana kawan saya ni ada masalah peyebutan kraft menjadi krasz. lama2 lekat nama tu. Jadi krasz batu tu bermaksud lembik keras.

Jazmanie
OOO begitu. Soalan kedua. Apa yang menarik minat krasz secara amnya?
Krasz batu
Makan !!! Bab makan saya langsung tak memilih. Janji Halal. Kena pulak isteri masak. Nasi putih ngan kicap dan telur mata kerbau pun dah kira best giler. Errmm lepas temuramah ni ada makan tak ?

Jazmanie
Jangan risau. Ada. Tu Nengsih Ain dan Hanny Berry sibuk siap apa yang patut. Dunia Hiburan tanah air pulak. Apa komen anda ?
Krasz batu
Saya ni peminat Rock Kapak. Dalam HP saya ni MP3 semua lagu2 Rock Kapak. Lagu2 zaman sekarang ni kurang kick. Harapkan penampilan je best, dengar suara nyamuk terbang pun jatuh. Tengok je Tina Turner, rupanya Masyaallah ... tapi suara first class. Filem2 kita pulak cerita takde lain makan minum termenung cintan cintun tu je la topiknya. Cerita lum abis dah leh agak ending nya.
Jazmanie
Filem melayu last sekali tengok di pawagam ?
Krasz batu
Bukit Kepong. Dah lupa tahun bila...

Jazmanie
Hehehhe soalan berat ni. Tentang politik Malaysia
Krasz batu
Aduhaiiii.. berat ni. Nak komen lebih2 kang masuk ISA saya. next question please.

Jazmanie
Krasz masih bujang, berharta dan ada nama, siapakah agaknya artis jadi pilihan dijadikan isteri?
Krasz batu
Errmmmmmm
Jazmanie
Tunggggu dulu Krasz . Jangan jawab dulu. Kita jumpa lagi selepas iklan penaja rancangan. Ihsan dari Khalifa Hassan

Tacap !! Tacap pleaseeeee
Pelan2 la sakit pipi i.. Aku rasakan pipi aku ditampar "Abang Abang bangun"
Aku buka mata..... Aduhaiii isteri aku, bermimpi rupanya. Shif isteri aku dah bermula, aku bangun menuju ke bilik ..............

2 comments:

Aku-Ida said...

hehehe dari awl2 lagi ida dh tau dh jalan cerita dia.. wakakaka

Tukang cerita said...

hahahaaaa....
Poyo....
dah agak dah endingnya....
:)