Apr 25, 2009

Aku Kena Sakat

Korang penah tak kena sakat ? urrggHH !!! Sakat tak tau ... maksudnya kena usik dek sesuatu. Ini contoh ayat paling senang menerangkan "Alaa Yob ooii jangan di sakat budak tu.. kan teghoyak dia".
Aku ler kalau dapat menyakat bebudak, suka benor. Selagi dia tak menangis aku tak stop. hehehhe
Gini ler, aku nak bercerita pasal aku kena sakat. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai sekarang.

Sakat Pertama
Masa tu aku masih bujang belia tapi dah bertunang. Tunang aku tu punya lah cun giler. Jiwang karat sungguh aku masa tu. Kalau sehari tak tengok resah gelisah je, angau. Dapat tengok bumbung rumah dia pun jadi ler.
Pada hari yang bersejarah yang mana telah aku perturunkan kisah ini pada anak2 aku. Pagi tu seperti biasa aku ke Opis menumpang motor EX5 standard member kamcing aku. Kerja berjalan seperti biasa. Aku melayan pelanggan yang datang berurusan di kaunter aku. Awek2 cun yang datang aku layan selambe jer bagi ku walau seribu datang menganggu takkan ku hiraukan. Mata asyik menenang jam. Janji Kol 6 date ngan tunang aku. Dalam kol 5 lebih, tunang tersayang call. Tak jadi jumpa pat biasa dia soh datang umah je. Aku mengiakan je.
Entah macam mana petang hari tu tetiba je aku dibebani ngan kerja yang banyak. Boss menyuruh aku buat overtime. Kes berat ni aku terpaksa la cancel pertemuan ngan tunang. Bekerja lah aku sampai pukul 9 malam. Bis kerja member ajak lepak, aku tak de mood aku nak balik. Member aku pujuk sehabis hati, dia janji bawak aku ke rumah tunang aku malam tu. Dalam kol 11 malam kami sampai ke rumah tunang aku. Kami pusing 2 round ngan setiap round kami bunyikan hon ( ni tanda kalau aku balik kerja lalu rumah dia mesti bunyikan hon). Puas hati kami menghala balik. Esoknya cuti member aku ajak aku tido rumah dia (yang sebenarnya dia takut balik sorang hehehee). Sampai di Kampung Temiang kami menyusuri sungai yang kami selalu dengar orang India ramai bunuh diri kat sungai tu, Aku rasa time tu dah kol 12 lebih.Aku ngan member bersembang mengenai alam2 mistik. Masing2 cakap besar, tak takut. Kemudian, kami nampak sorang mat rock berseluar jeans berbaju putih rambut panjang berjalan kaki. Kami pun memotong mat rock tu, angkat tangan. Beberapa meter kemudian kami nampak mat rock tu ada lagi didepan kami. Aku dah tak sedap hati, bagi signal kat member soh dia jalan dulu bersaing ngan aku potong mat rock tu. Kami perlahan kat motor, kami kini bersaing 3 serangkai. Kami toleh ke arah mat rock tu. Ya Allah !! kami terkejut ... kami pecut motor sampai rumah, kami berdua terus masuk bilik. Kami menggigil kesejukan berselubung dalam satu selimut (bukan kami Gay daa). Mak member aku hairan dia masuk ke bilik bertanya apa dah jadi. Mulut kami terkunci sepatah pun kami tak dapat luahkan. Makcik bagaikan paham apa dah berlaku bagi kami minum air penawar. Baru kami dapat menceritakan. Kami demam panas selama 2 minggu. 2 minggu jugak lah aku tak bekerja. 2 minggu aku terdampar di rumah makcik. Terima kasih makcik kerana menjaga aku macam anaknya sendiri.

Apa yang aku nampak sukar aku nak jelaskan dengan text. Pengalaman di sakat ni mengajar aku balik malam jangan cakap besar.

Sakat Ke Dua
Tunggu dulu aku nak zzzzz dah mengantuk... bersambung

8 comments:

Monkey D Luffy said...

meremang bulu roma aku...

dude said...

broooo,

bukan bulu roma je..sume2 bulu aku dah meremang walaupon aku baca cite ni kol 9 pagi..

walaupon aku TAK PERNAH ada pengalaman langsung dengan makhluk halus ni, tapi siyes aku percaya citer ko!..

apala yang ko nampak agaknye ek?
mesti seram gile kan?
eh jangan la pulak aku jumpe dgn niat mcm ni...

memang betul orang tua2 cakap.. kalo kita ckp besar, adala REZEKI kita nanti..

ok sequel pleaseee

momentinlife said...

hmm ni bole kire 'sakat' lg ke??
adeh!~~
skrg sharp2 kul 12mlm okeh.. sigh!~

Krasz bAtu said...

yo dude

thanks..
apa yang aku dan member aku nampak
susah nak explain..
maybe satu masa nanti aku buat ent3 pasal apa yg aku nampak..

momentinlife said...

aku tertunggu2 'ape yg ko & kwn ko nmpk'.. sila buat entry dgn cepat.. huhu

fiezabaiduri said...

isyh, apa yg ko nampak eh?

Krasz bAtu said...

nanti le aku cerita....

adila lalala said...

adeh,,walopon citer ni tak abes,,tibe2 rasa kena bukak semua lampu dlm umah,,keluar je nak bukak lampu pagar,,nampak kucing hitam tgah posing atas meja kat luar,,adesh,,sumpah,,xnak baca dah,