Apr 25, 2009

Temuduga Terbuka : Gerenti Dapat

Kekosongan Jawatan :
A. Ahli syurga
B. Ahli neraka
C. Ahli neraka sementara, kemudian akan dilantik Ahli syurga

Empat Ganjaran Lumayan :
A. Nikmat kubur
B. Pelindungan di Padang Mahsyar
C. Keselamatan meniti Titian Sirat
D. Syurga yang kekal abadi.

Tarikh Temuduga :
Bila2 masa secara adhoc bermula dari saat anda membaca iklan ini.

Lokasi Temuduga :
Di dalam kubur

Kelayakan :
A. Tak perlu bawa sijil2,
B. Tak perlu bawa pingat,
C. Tak perlu bawa wang, emas atau kad kredit
D. Tak perlu rupa paras cantik, hensem, seksi etc
Cuma perlu bawa dokumen asal : Iman dan Amal, sedekah jariah sebagai bahan sokongan

Panel/Penemuduga :
Mungkar dan Nakir

Enam soalan bocor :
1. Siapa tuhan anda ?
2. Apa agama anda ?
3. Siapa nabi anda ?
4. Apa kitab anda ?
5. Di mana kiblat anda ?
6. Siapa saudara anda?

Cara memohon :
Cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber datang kepada anda. Akan menjemput pada bila2 masa saja. Mungkin kejap lagi. Ia akan berlembut pada orang beriman dan garang pada orang paham2 je la.
Namanya Izrail.

Semoga berjaya.

2 comments:

SuFy said...

insyaallah, sy nk join ke syurga yg kekal abadi..amin...

dude said...

thanks..