Apr 13, 2009

Aku Dan Nyawa Kedua.

Seingat aku kejadian ni berlaku pada hari raya korban lebih sepuluh tahun yang lalu. Lepas sembahyang raya, pakcik aku menyuruh aku set up satu team untuk pergi menjala ikan. Malam tadi ujan lebat, empangan sungai Kampar dibukak malam tadi, tentu banyak ikan.
Pakcik aku ni kalau balik kampung je ni la aktiviti dia, memancing dan menjala ikan. Aku lak follow je. Jadi petang tu aku kami berlima. Aku, adik aku, Pakcik, Rosdi dan Lan menuju ke Sungai Kampar.

Rosdi dan Lan turun ke sungai dulu. Mereka menghala ke hilir sungai, aku dan pakcik turun ke hulu sungai dan adik aku menunggu dia tebing, tugas dia menangkap ikan dan meyimpan ikan dalam karung. Roslan dan Lan mula memukul air dengan kayu bertujuan menghalau ikan ke arah kami. Sambil memukul air mereka menyanyi. Aku dan pakcik mula menabur jala, sekali tabur je banyak dapat ikan. Ikan tu dilontar ke arah adik aku yang menunggu boring giler. Dia nak turun ke sungai kami tak bagi sebab dia kecik lagi masa tu. Syok giler masa tu..

Dah banyak dapat ikan, kami menghala ke hilir sungai, tempat pertemuan dua buah sungai. Kat sini ada banyak udang. Ada udang biasanya ada buaya. Tu orang cakap la, dah banyak kali kami memancing/menjala kat sini tak penah pulak nampak buaya. Buaya berkaki dua ada ler...!! Untuk sampai ke sana kami terpaksa menyeberangi satu lubuk. Kat lubuk ni dah beberapa orang mati lemas kat sini. Aku dan pakcik mengambil jalan jauh, Roslan dan Lan berenang menyeberangi lubuk tu. Tinggal adik aku terkedek2 dia membawa karung ikan.
Pakcik aku menyuruh dia ikut jalan jauh, adik aku tak nak dia ambik keputusan untuk turun ke lubuk, jalan short cut katanya. Air kat lubuk tu dalam, adik aku tak tau berenang. Belum sempat aku melarang dia dah turun ke lubuk, beberapa langkah dia kemudian dia terus hilang dari pandangan aku, aku berlari, aku nampak dia timbul tenggelam, aku hulur tangan adik aku dapat capai tangan aku, dek kerana adik aku ni jenis big size, aku pun diheret ke dalam lubuk. Aku tenggelam, aku cuba naik ke permukaan tapi aku di tekan oleh adik ku.

Pada masa tu aku merasakan nyawa aku dah sampai ke penghujung. Wajah mak terlintas, dosa2 aku terbayang. Aku tak dpat nak timbul adik aku terus menerus meronta menekan aku ke dalam lubuk. Akhirnya aku berserah biarlah adik aku selamat. Aku dah tak mampu, air dah banyak masuk ke dalam tubuh ku, dalam hati aku menyebut "ALLAH". Kemudian dalam samar2 dalam lubuk aku nampak satu lembaga hitam berenang laju melintasi aku, aku semakin takut. Aku cuba mencapai bahagian belakang lembaga itu dengan saki baki tenaga yang ada, mungkin kerana arus dalam lubuk menolak aku ke arah lembaga itu aku berjaya mencapai, kemudian aku terasa tengkuk ku pegang kuat, ku merasakan inilah akhirnya aku, adakah nyawa aku nak keluar.. Aku pitam.

Bila aku sedar, bende pertama yang aku nampak ialah awan, sungguh putih, sekeliling aku rasa kan sunyi. Aku cuba bangun.... Pang !!!! aku ditampar oleh pakcik ku.
"Bodoh , nak selamat orang pakai tangan"
"ko tu kecik adik ko beso"
Sakitnya pipi ku. Baru ku tahu aku masih hidup, aku cuba bangun dan mencari adik aku. Aku lihat adik aku ketawa melihat aku di tampar. "mana ikan?" . Tersengih adik aku menjawab "ikan dan ilang, tuu".. menujuk ke lubuk.

Syukur alhamdulillah aku hidup. Sejak tu aku tinggalkan terus arena memancing dan menjala ikan. Fobia.!!
Aku dah merasa bagai mana rasanya di akhir nyawa. Kawan2 ku hargai lah masa hidup ni, jangan leka gunakan sebaiknya.

5 comments:

dude said...

thrill giler..
seb bek idup agi..

Monkey D Luffy said...

syukur masih hidup ;)

hanis said...

syukurrrrrrr

hanis said...

syukurrrrrrr

piNky LuCiA said...

alhamdulillah.. aku pnh lemas.. 3x.. hehe.. kata org kalu 3x da lemas.. kena jg2.. hehe.. so skrg aku sgt fobia utk main air..

bsyukr masih hidup.. :)