Apr 22, 2009

Aku Dan Tuan Ayam

Cerita yang aku nak share ngan korang semua kali ni berlaku time aku bujang lagi. Masa tu aku baru berenti kerja ngan Telekom. Aku behenti pun sebab masa tu aku dah dapat kerja baru(kerja baru tu kekal jadi kerja lama sampai sekarang). Ada dalam seminggu le aku jadi penganggur. Aku ambik masa teluang tu dengan berehat sepenuhnya di rumah.

Pada hari ketiga lepak umah, aku dah mula boring. Nak kuor duit takde, takkan nak isi tank motor ngan air suam, Aku capai basikal mak aku. Aku ronda kampung pagi tu dan menghala ke port lepak, takde sesiapa kat sana. Laaa!!! baru aku perasan, ni waktu pagi mana ada budak2 motor lepak pepagi. Mesti depa semua kerja kata hati aku, nak sedapkan hati penganggur kehormat aku.
Aku menghala ke rumah Ayeh, sesekali sekala aku try wheely basikal mak aku. Aku tau Ayeh mesti ada, malam tadi dia kerja malam, lagipun line rumah Ayeh clear giler. Mak Ayahnya pi haji. Sampai umah Ayeh aku tengok Hamdan, Rosdi dan Lan ada kat sana. Tido. Rupa2nya dan seminggu depa bermautautin di rumah Ayeh. Aku kejutkan Rosdi dan Lan. Tak berani aku nak kejutkan Hamdan, kami paham benar ngan perangai dia. Lagipun budak2 kampung memang hormatkan si Hamdan ni. Dah macam ketua pemuda 4B kampung. Ayeh masa tu tengah mandi.

Dah pukul 11 lebih, perut kami dah terasa lapar. Mana taknya lepak sembang asyik teguk air ais kosong. Apa yang ada kat rumah bujang sementara tu. Jadi kami berlima bermesyuarat khas. Buat mission memasak. Masing2 seluk poket keluarkan apa yang ada. Dapatlah dalam RM15.75.
Mana cukup. Plan punya la baik, nak panggang ayam la, panggang ikan itu la ini la nak makan. Hamdan selaku ketua tanpa lantikan mencadangkan Ayeh pi ke Kampar sewa video tape. Boleh la tengok sambil2 makan. Masa tu takde la VCD, DVD ni. Sewa satu tape RM4.00 bagi cite2 biasa dan RM10.00 cerita2 panas. Hamdan serahkan RM10 pada Ayeh menyuruh dia ke kedai sewa video. Disebabkan negara kita ni demokrasi, kami bantah Duit balance RM5 nak makan apa ? Ayeh pun bantah kenapa pulak dia kena pi, lagipun tu rumah dia. Hamdan mula menunjukkan ciri2 kepimpinannya.

"Ni Hamdan ler, kome kawan ngan aku tak kebulor" , " Yeh ko pi sekarang bawak motor aku, sewa cite best skit kalau ada yang biru ko rembat". Aku menawarkan diri pergi sewa tape, aku nak merasa power motor Hamdan ni. Bukan senang nak dapat bawak motor dia, kedekut. Hamdan serah kunci pada Ayeh. Nak tak nak Ayeh kena pi sebab ayah Ayeh ada akaun kat kedai video tu. Ayeh kuor ngan amaran jangan sepahkan rumahnya(walau pun rumah dia dah tersedia bersepah).

Hamdan mula keluarkan arahan. Aku disuruh mencari jantung pisang dan pucuk paku atau apa2 je ulam. Lan kena masak nasi pas tu sediakan tempat nak memanggang ayam. Hamdan dan Rosdi ada tugas rahsia. Aku ngan Lan diam malas nak menanya apa depa nak buat. Dalam setengah jam aku dapat jantung pisang (aku rembat pisang mak aku), pegaga (ambik belakang rumah Mak Jah) dan beberapa Ulam yang tersedia dalam kampung. Ambik je percuma. Aku serahkan Lan di dapur, aku nampak Hamdan dan Rosdi sibuk di bilik air mencabut bulu 2 ekor ayam. Tugas aku dah selesai aku landing ruang tamu. Aku terlelap.....

Aku terjaga bunyi bising motor Hamdan, Ayeh dah balik. Ayeh bagi isyarat cite best out of stok dia menghala ke dapur. Hamdan membaling seperah menyuruh aku siapkan tempat makan. Satu satu hidangan di angkat, dah macam kenduri la pulak. Ayam panggang 2 ekor, ikan talapia bakar, jantung pisang, ulam2 dan sambal. Masakan kampung. Best giler.

Doa makan entah kemana kami balun melantak. Ayeh tanya Hamdan macam mana RM5 dapat 2 ekor ayam kampung. Hamdan diam bagi isyarat makan je kang cite. Punya la sedap makan hari tu. Ayeh tak abis2 memuji masakan Lan. Sejak maknya ke Mekah baru hari ni la dia dapat makan sebetulnya makan. Habis licin kami bedal.

Pas makan, Ayeh menanya lagi mana dapat ayam. kata Hamdan.....

"Aku ambik dalam reban mak ko, aku sembelih panggang"..

Terkedu terdiam Ayeh. Ayam yang dia sedap2 makan tu ayam maknya. Nak marah pun tak guna dah, dah abis semua jatuh ke perutnya. kami ketawa guling2 nengok Ayeh. Hamdan memujuk Ayeh, motor Hamdan sebulan jadi hak Ayeh.

Tiap kali aku balik kampung lalu rumah Ayeh mesti aku ingat kisah ni. Aku cerita pada anak2 aku. Depa pun pakat gelak.
Sekarang Hamdan dah jadi Ketua pemuda satu politik ada syarikat sendiri, Lan bersama ngan Akaknya bukak kedai makan, Rosdi berhijrah ke Kuala Lumpur, Ayeh masih lagi kerja kilang tapi dah berpangkat. Aku pulak masih lagi takuk lama..

4 comments:

dude said...

wahhh
best arr cite ko..!!
ending dia pun cam ok je..

Princess Belle said...

ada je ni..
baru nak blaja idup semula..
hehehe..
bila la nk tgk baby u yang.. huhuu..

Monkey D Luffy said...

hehehe... bestkan kenangan lama ;)

amirul said...

Salam Bro,
Kekadang kenangan mengajar kita erti kehidupan... InsyaAllah anda akan berjaya di satu masa nanti... Usaha Tangga Kejayaan...