Apr 5, 2009

Aku, Pemuda Cina Dan Peragut

Lama aku tak bawak family makan di luar. Aku bawak ke restoran pilihan isteri aku. Tak ramai orang masa aku sampai mungkin sebab hujan. Pelayan menyambut kedatangan kami ngan senyum yang entah2 dibuat2. Aku tak membalas senyumannya cukup lah isteri aku je yang senyum, just because aku tak nak isteri aku salah anggap.. cun jugak pelayan ni dalam hati aku.

Pelayan : Berapa orang encik ?
Aku : Nak nombor tepon orang ? (kata nama ganti diri aku)
Pelayan : Datang berapa orang ?. Nada suara ditinggikan
Aku : 5 !! Mira anak aku menyerit. Ayah nak duduk tepi kolam.

Selesai makan, aku memanggil pelayan mintak bil. "Bil encik dah dibayar orang ujung sana"
Dalam hati biar betul sana dua orang pemuda cina dalam lingkungan 20an. Aku tak kenal. Isteri aku menyuruh aku berjumpa pemuda tu. Hayun langkah perlahan otak laju memikir siapa ni ??

Pemuda mengenal dirinya. Aku masih tak ingat. Dalam hati ni mungkin salah seorang anak murid aku(aku pernah menjadi jurulatih sukan). Akhirnya dia bercerita siapa dia ........

Tahun 2005
Jam : 1.50 petang
Tempat : Hadapan HSBC Bank.

Cuaca amat panas masa tu, aku membeli aiskrim. Aku berjalan2 perlahan2 ke Opis, dari jauh aku nampak 2 orang lelaki memakai helmet separa fullface, seorang di atas motor seorang lagi beberapa langkah dari kawannya memerhati orang keluar masuk Bank. Muncul Ah So dengan anak lelaki remajanya dari Bank. Sepantas kilat lelaki tu menyambar beg tangan Ah So, Ah So jatuh menyerit meminta tolong. Aku ketika itu dah hampir dengan lelaki bermotor tu menyebabkan kawannya lari ke arah lain, lelaki bermotor panik kot lari meninggalkan kawannya. Orang ramai mengejar lelaki seorang lagi tu.. Aku berlari ke arah lain aku dapat mengagak lelaki ni pasti akan cuba lari ikut lorong belakang. Sampai ke lorong aku memintas dari tepi lelaki itu jatuh tergolek dog. Aku pegang lelaki tu, lelaki tu langsung tidak melawan aku.
Aku menyuruh dia membuka helmetnya. Dia tunduk, seorang lelaki cina membuka helmetnya.
Ya Allah !! terkejut beruk aku, kawan aku rupanya patut la dia langsung tak melawan aku. Aku cukup geram aku terajang dia , aku duku kepala nya.. Seorang lelaki memegang tangan aku menyuruh aku berhenti. Aku tangkap kawan aku sendiri. Dia langsung tak nak pandang muka aku.. ....
Aku menyerah beg tangan tu pada anak lelaki Ah So yang berlari mengikut belakang aku. Baru aku rasakan kaki dan tangan aku sakit. Mesti aku memukul dengan sepenuh hati.

Rupa2nya pemuda itu adalah anak Ah So itu.

5 comments:

Princess Azi said...

kebaikan berbalas :)

Monkey D Luffy said...

sakitnya hati bila tangkap member sendiri... huhuhu

Ir. hydir said...

hoho .. member macam cipan
kalo duit tak cukup jgn ler mencuri
tak berkat langsung :P

Tukang cerita said...

Buat baik di balas baik bro...
ni baghu di dunia...
:)

Krasz bAtu said...

tapi perasaan tangkap kawan sampai skrg tak leh lupa..
bebal dan bersalah pun ada