Apr 29, 2009

Bank Haprak !!

Ramai di antara kita memiliki lebih dari satu kredit kad. Lebih banyak pegangan kredit kad bermakna risiko menanggung bebanan hutang bertambah. Menggunakan kredit sungguh mudah, “enjoy dulu sengsara kemudian”. Jadi terpulang lah pada si pemegang wang elektronik mengawal nafsu berbelanja.

Aku bukan nak buat kempen kredit kad. Aku nak share ketidak puasan hati aku pasal kredit kad. Semua bank di Malaysia ni menawarkan pekhidmatan yang sama. Cuma yang membezakan kad kredit sesuatu bank tu ialah service khidmat pelanggan nya.

Aku dah menggunakan kad kredit ni dekat 10 tahun. Dah banyak kredit kad bank2 kat Malaysia ni aku guna. Semua nya tak penah mendatangkan masalah pada diriku.


TAPI…..


Korang mesti penah mengalami pengalaman di offer oleh agent2 kad kredit sesebuah bank, sama ada di dalam bank tu sendiri, di pusat2 membeli belah , pesta2 atau di mana saja. Agent2 ni dah macam orang kuning DIGI ada saja di mana2 sahaja, kita sign je application nya dia bagi lah free gift. Kadang2 kita sign pun bukan kerana nak kan kredit kad tu tapi kita nak kan Free Giftnya.

Itu lah jadi nya babak panas aku dengan bank ini.

Tengah2 aku sibuk membayar di kaunter, wife dan anak2 aku dihampiri Agent bank ni. Taktiknya Agent ni mudah, pengaruh isteri bermakna suami no hal, gerenti sign. Tapi kali ni Wife aku menolak tawaran Agent tu tapi Agent ni bijak dia beralih pada anak2 aku dengan tawaran Free Gift nya. Kereta Remote control percuma !!!! Anak aku nak sangat kereta remote free tu. Aku ikut la kata anak aku, aku sign….

Aku dijanjikan oleh bank ni , yuran tahunan percuma selama 2 tahun, dengan syarat aku kena berbelanja sebanyak RM100 pada bulan pertama. Aku fikir2 tak jadi masalah sebab isi minyak kereta 2 kali dah boleh cecah seratus. Dua minggu, aku terima kad kredit bank berkenaan. Hari yang sama aku spent RM100 lebih make up kereta aku.


TAPI…


Aku terima penyata bank. Aku teliti dan aku di charge RM160 untuk yuran tahunan. Seingat aku yuran tahunan percuma jika aku spent minimum amout yang di syorkan. Aku call pusat khidmat pelanggannya. Pengalaman yang paling teruk aku pun bermula….

Dah la takde Tol free line macam lain2 bank. 5 minit aku call masih belum dapat cakap ngan manusia asyik2 mesin je bercakap, macam ni ranap la kredit aku. Akhirnya aku dapat bercakap, aku ceritakan masalah aku. Pihak bank berjanji dan mengaku ini adalah kesilapan teknikal. Aku puas hati.

Bulan kedua, dapat lagi penyata bank, masalah aku makin berat. Permintaan aku bulan lepas tak dilayan bahkan aku di charge Late Payment dan Overdue Interest. Aku call lagi, Lagi sekali aku terpaksa bercerita dari mula. Seperti biasa pihak bank berjanji akan membuat pembetulan dan menyuruh aku membuat pembayaran ke atas amout yang aku telah guna sahaja. Perkara ini berlanjutan selama 9 (sembilan) bulan. Bayangkan betapa frustnya aku dan pikirkan berapa puluh ringgit aku dah belanja hanya untuk settle satu masalah yang kecil tapi Pihak Bank cuba mengambil kesempatan dengan mengenakan berbagai2 charge.

Bank apa yang aku maksudkan ??


inilah nama bank haprak !!.

Aku tulis ni sebab aku rasa sungguh tak puas hati dengan layanan yang tak professional bank ni. Indah khabar dari rupa!!. Aku nak menjalankan tanggung jawab fardu kifayah agar orang lain lebih berhati2 memilih dan perkara ini tak terjadi pada mereka.

Aku dah berjanji pada diri aku, aku akan menjauhkan diri dari bank yang mencekik darah ni. Kalau ada Agent2 bank ni datang offer aku lagi siap lah dia !!

1 comment:

Monkey D Luffy said...

iklan yg negatif ni

siapa suruh buat sakit hati org :)